Tuesday, June 14, 2016

Surah Al-Baqarah (50)



Juz:1,Surah:2.
Surah 2, Ayat 50:
Ringkasan tafsir;

Allah memperingatkan kepada bani Israel, yang diam tinggal di Mesir untuk melepaskan diri dari seksaan Firaun, yang mana Nabi Musa membawa mereka melarikan diri dan melepasi laut merah untuk menyelamatkan diri dari seksaan firaun. Inilah nikmat Allah diberikan kepada kaum Yahudi pada masa itu, tapi mereka masih keras hati dan berdegil dan sentiasa engkar perintah dari para nabi-nabi yang terdahulu, diantara kedegilan yang sangat buruk perangai mereka ialah;

1. Mereka mendengar tapi tetap mereka menderhaka.
2. Mereka menyembah anak lembu. (...., 1.2.51).
3. Mereka minta tunjuk rupa Allah. (.....,  1.2.55).
4. Mereka mengubah perkataan ayat-ayat (Taurat) yang benar kepada jalan yang salah.
5. Mereka tidak sabar dan jelak jemu memakan satu jenis makanan sahaja.
6. Mereka menyalah guna firman Allah dengan mengubah makna sebenar ayat itu.
7. Mereka berpaling dari Taurat.
8. Mereka berkeras hati bagai batu tidak mengaku salah.
9.. Mereka kufur ayat-ayat Allah.

10. Mereka bunuh para nabi-nabi yang terdahulu.
 


[Previous][Next
.
Sumber,
Terjemahan (1.2.41~50); 
[GS] https://t.co/Sxv1amX7Fx

Ulasan (1.2);
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr   

Pautan,


Sunday, June 12, 2016

Surah Al-Baqarah (41~42)



Juz:1,Surah:2.
Surah 2, Ayat 41~42:
Ringkasan tafsir;

Dan Allah menyeru kepada orang-orang alim Yahudi di Madinah yang menyembunyi kebenaran kitab Taurat dan Quran kepada kaum mereka, supaya beriman kepada Quran dan membenarkan isi kitab Taurat, yang mana bani Israel terlebih tahu Nabi Muhammad itu akan datang sebagai pesuruh Allah diakhir zaman, tapi orang-orang alim Yahudi menyembunyikan kebenaran dan mendustakan serta ingkar dengan kebenaran Taurat itu sendiri. Oleh itu sekiranya seseorang itu yang mempunyai ilmu pengetahuan maka  haram hukumnya jika menyembunyikan kebenaran itu.


[Previous] [Next
.
Sumber;

Pautan: